Thursday, November 24, 2011
The Story of Us
Monday - November 21, 2011
Dalam pukul 8.15 malam aku dah sampai sekolah. Belum apa-apa Cik Hadi dah minta ole-ole. Tak pe lah, aku pun rapat dengan dia. Sementara tunggu bas, snap... snap... Macam tak biase lak. Banyak r gak kitorang snap. Aku ada upload sikit dekat FB.
Ni lagi satu ni, belum gerak lagi dah gaduh. Nak duduk depan lah, belakang lah. Dah lah tempat duduk terlebih. Last-last dak laki duduk lah bertiga kat belakang sekali. Kesian lak aku tengok dorang. Time tu Cikgu Hafizah dah hot giler dah. So, dia lepak la dengan kitorang dekat belakang.
Tuesday - November 22, 2011
Malam tu tidur lah kitorang dalam bas. Aku tengah cuba-cuba nak terlena dia buat pitt stop. Tengah sedap-sedap tidur, pitt stop lagi. Sabar jelah. Dalam pukul 4 pagi gitu, kitorang berhenti kat R & R mana entah. Buat lah ape-ape yang patut. Then, sambung lagi. Bas belum gerak aku dah membuta. Nak qada tidur malam tadi satu hal, nak tahan pening naik gunung pun satu hal.
Sampai sana bersalji la pulak. Cikgu sekolah rendah aku ada warning, ada aku kesah? Si Ayunni dah seram jer duduk sebelah pintu kecemasan. Pintu macam nak terbuka pun ada. Last-last, kitorang duduk belakang sekali. Tukar dengan Shidah & Hanisah. Dorang pun on jer. Aku rasa dorang malas nak duduk sebelah dak laki kot. Aku setakat duduk sebelah Emy tu, tak ade hal lah.
So, kitorang pergi lah ke tempat-tempat 'menarik'. Malam pergi pasar. Shopping sakan kitorang. Kopal aku der. Malam sampai apartment dalam pukul 10. Sampai jer, dorang bukak TV Cinta Elysa dah habes. Meraung satu apartment. Haha.
Wednesday - November 23, 2011
Pagi tu sambung lagi jalan. Masa nak turun tu, aku cadang nak tidur. Tapi time aku nak terlelap tu lah driver bus memekak. Kalau nyanyi satu lagu tak pe. Ini tidak. Aku rasa memang dia sengaja. Mentang-mentang dia nampak aku nice and clear dari cermin depan. Ini sudah dikira balas dendam. Lepas tu boleh ngolok-ngolok kitorang. Ape hal lah asyik geng aku jer kena attack.
Sampai dekat air terjun, Ayu mabuk. Atok driver tu boleh cakap, 'muka ganas, turun bukit mabuk.' Pergh ayat dia! Nasib baik dia driver, kalau tak memang aku halau dia jauh-jauh. Macam-macam berlaku. Tapi aku malas nank cerita secara terperinci. Jenuh korang nak baca. Haha. So, sampai di sini sahaja. Aku nak upload gambar kat facebook lak. Bye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment